Long Mansur
(Putera Sultan Ahmad sebagai Sultan Mansur)
1890 – 1899
Dublin Core
Title
(Putera Sultan Ahmad sebagai Sultan Mansur)
1890 – 1899
Subject
Description
Long Mansur adalah saudara kepada Long kundur iaitu, putera Long Ahmad (Sultan Ahmad). Baginda Long Masur menaiki takhta Kerajaan pada tahun 1890M apabila Long Kundur (Sultan Muhammad III) mangkat kerana pada masa itu putera Almarhum Sultan Muhammad III iaitu Long Senik masih lagi kecil. Pada mulanya, Baginda Long Mansur menaiki takhta kerajaan dengan gelaran “Raja Kelantan” sahaja. Hanya pada tahun 1989M barulah baginda dipanggil “Sultan Kelantan”. Namun begitu baginda lebih suka dipanggil dengan gelaran “Sultan Kelantan”.
Baginda Sultan Mansur tidak bersemayam di Istana Balai Besar, tetapi Baginda bersemayam di istana Baginda sendiri dipanggil “Kota Raja Muda”. Ia terletak di sebelah hilir pawangan Odeon. Mulai 1986M ia telah diubahsuai dan dijadikan bangunan-bangunan UMNO Negeri Kelantan Darulnaim. Istana ini kemudiannya didiamai oleh Long Kundur yang bergelar Raja Muda (1890 – 1944M) dan selepas itu didiami oleh Raja Dewa.
Baginda adalah seorang raja yang berjiwa Islam dan suka berdamping rapat dengan alim ulama pada waktu itu.
Baginda mangkat pada hari Khamis 10hb Februari 1899M (8 Syawal 1317H) di Istana Jahar, Kota Bharu setelah jatuh gering diserang demam yang berpanjangan tanpa sembu hingga ke akhir hayat baginda. Jenazah baginda dimakamkan di makam D’Raja Langgar, Kota Bharu.