“Rumah Puteh”
(Rumah Wakaf Sultan mansor di Mekah)
Dublin Core
Title
(Rumah Wakaf Sultan mansor di Mekah)
Subject
Description
Geran Syara ini dikeluarkan oleh Mahkamah Mekah Al-Bahyah yang mengesahkan penjualan rumah tersebut daripada Al-Syeikh Mohamed Salleh Al-Kurdi kepada Haji Wan Daud bin Haji Wan Sulaiman Kelantan Jawi yang mewakili Sultan mansor. Surat perjanjian itu bertarikh 12hb Safar 1312H. Rumah dan tapaknya terletak di kampung Kusyasyiah Zaqaq, Al-Hijar berhadapan tempat kelahiran Saiditina Fatimah Al-Zahrah, Puteri Rasullah s.a.w. Rumah Wakaf 3 tingkat itu mengandungi satu dewan dan dua buah gudang.
Rumah wakaf itu dinamakan “Rumah Puteh” kerana rumah itu sahaja yang dicat warna puteh. Pada masa itu rumah-rumah lain di Mekah berwarna kelabu.
Kemudian rumah itu diwakafkan oleh Haji Wan Daud kerana semata-mata menuntut keredaan Allah. Mula-mula kepada Al Jenab Al Muhtaram Maulana Tuan Long Mansor Raja Kelantan, Engku Puteri Bongsu iaitu anak kepada Almarhum Tuan Long Ahmad Raja Kelantan bin Almarhum Tuan Long Mohamed Raja Kelantan serta kepada bonda mereka Raja Perempuan dan isteri Tuan Long Mansur iaiutu Engku Nik bt Al-Marhum Engku Puteh Raja Petani dan Engku Seri Anrra Ibni Al-Marhum Tuan Long Mohamad Raja Kelantan bin Tuan Long Ahmad Raja Kelantan bin Tuan Long Mohamad dan juga diwakafkan kepada dirinya sendiri (haji Wan DaudA) dan anak cucu cicitnya dan seterusnya. Rumah tersebut dan bangunan lain disekitarnya telah diruntuhkan kerana meluaskan kawasan dan pembesaran Masjidulharam Mekah.