KDYMM Tengku Long Senik
(Putera Long Kundur sebagai Sultan Muhammad IV KCMG)
1899 – 1920
Dublin Core
Title
(Putera Long Kundur sebagai Sultan Muhammad IV KCMG)
1899 – 1920
Subject
Description
Tengku Long Senik adalah putera kepada Long Kundur (Sultan Muhammad III). Semasa kemangkatan ayahandanya dalam tahun 1890, baginda Tengku Long Senik masih kecil. Oleh itu ayahanda saudara Long Mansour telah dilantik sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Mansour.
Semasa pepemrintahan Sultan Mansour, baginda Tengku Long Senik telah dilantik sebagai Raja Kelantan yang bermakna pewaris pertama takhta Kerajaan Kelantan selepas kemangkatan Sultan Mansur dalam tahun 1899, Sultan Mansor mangkat tanpa meninggalkan sebarang pewaris. Maka Tengku Long Senik telah ditabal menjadi Raja pemerintah dengan gelaran Raja Kelantan. Pada 22hb Jun 1911 baginda Tengku Long Senik telah ditabal dengan rasminya menjadi sultan dengan gelaran Sultan Muhammad IV. Perlantikan ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Siam.
Semasa pemerintahan Bgainda Sultan Muhamamd IV, banyak perubahan telah diperkenalkan. Perubahan-perubahan ini telah membawa kemajuan yang pesat di Negeri Kelantan. Baginda telah dikurniakan dengan bintang K.C.M.G oleh Raja England pada tahun 1913, yang disampaikan oleh Pesuruh Jaya Tinggi British yang melawat Kelantan yang disampaikan oleh Pesuruh Jaya Tinggi British yang melawat Kelantan yang berlangsung di Istana Balai Besar, Kota Bharu. Baginda merupakan seorang Raja yang cergas dan sentiasa berdamping dan menerima nasihat daripada para Menteri dan Ahli Mesyuarat Negeri.
Setelah memerintah Negeri Kelantan selama 20 tahun, Baginda Sultan Muhammad IV mangkat pada malam Khamis 23hb Disember 1920 telah jatuh gering selama beberapa hari. Jenazah baginda telah dimakamkan di makam D’Raja Langgar, Kota Bharu.