KDYMM Sultan Ismail Petra
(Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV sebagai Sultan Ismail)
1920 – 1944
Dublin Core
Title
(Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV sebagai Sultan Ismail)
1920 – 1944
Subject
Description
Tengku Ismail adalah putera kepada Sultan Muhammad ke IV. Baginda telah diputerakan pada 21hb Julai 1880. Sejak dari kecil baginda telah dididik dan diasuh dengan didikan agama oleh beberapa orang alim ulamak. Selain daripada itu baginda juga belajar Bahasa Melayu dan Inggeris daripada guru-guru terpilih.
Semasa pemerintahan ayahandanya Sultan Muhammad Ke IV, Baginda Tengku Ismail telah dilantik secara rasmi sebagai pewaris takhta Kerajaan dengan gelaran “Raja Kelantan”.
Baginda menaiki takhta Kerajaan selepas kemangkatan ayahandanya (1920M) dengan gelaran Sultan Ismail pada 28hb April 1921. Istiadat pertabalan ini telah dilakukan secara besar-besaran mengikut adat kebesaran Raja-Raja Kelantan di Istana Balai Besar, Kota Bharu.
Semasa pemerintahan Baginda, banyak perubahan dan pembaharuan yang dilakukan bagi memajukan Negeri Kelantan. Bagi mengukuhkan jentera pentadbiran kerajaan, baginda juga banyak membuat lawatan sama ada di dalam negeri mahupun ke luar Negara seperti Pulau Jawa, Thailand dan Singapura.
Baginda Sultan Ismail adalah seorang raja yang pemurah dan prihatin terhadap segala masalah dalam negeri. Dalam zaman kemelesetan yang melanda Negeri Kelantan, Baginda telah berkenan untuk memberi pinjaman peribadi kepada Perbendaharaan Negeri Kelantan untuk menampung kekurangan kewangan bagi Negeri.
Setelah menduduki takhta Kerajaan selama 24 tahun, baginda Sultan Ismail telah mangkat di Istana Jahar iaitu tempat Baginda bersemayam. Jenazah baginda telah dimakamkan di makam D’Raja Langgar, Kota Bharu.