KDYMM Sultan Ibrahim
(Ibni Al Marhum Sultan Muhammad IV sebagai Sultan Ibrahim)
1944-1960
Dublin Core
Title
(Ibni Al Marhum Sultan Muhammad IV sebagai Sultan Ibrahim)
1944-1960
Subject
Description
Baginda Sultan Ibrahim adalah putera kepada Sultan Muhammad Ke IV. Baginda telah diputerakan pada 9hb Ogos 1927 di Istana Balai Besar, Kota Bharu.
Sejak dari kecil Baginda telah dididik dan diasuh dengan sebaik mungkin termasuklah dalam pelajaran agama. Didikan yang sedemikian telah berjaya membentuk baginda menjadi seorang yang mempunyai perwatakan yang terpuji, menyukai perwatakan yang terpuji, menyukai keindahan, cermat dan sukakan peraturan.
Semasa pemerintahan kekandanya Sultan Ismail, Baginda Tengku Ibrahim telah dilantik sebagai “Raja Kelantan” iaitu pilihan pertama pewaris takhta Kerajaan kerana Sultan Ismail tidak mempunyai putera ataupun puteri sebagai pewaris takhta.
Baginda menaiki takhta Kerajaan pada 21hb Jun 1944 dan dimahkotakan dengan rasminya pada 31hb Oktober 1944 dengan gelaran Sultan Ibrahim. Istiadat pertabalan ini telah dilangsungkan di Istana Balai Besar secara besar-besaran dalam istiadat yang penuh gilang gemilang.
Baginda Sultan Ibrahim tidak bersemayam di Istana Balai Besar sebagaimana sultan-sultan terdahulu, tetapi Baginda bersemayam diistananya sendiri iaitu Istana Sri Chemerlang yang terletak di jalan Kebun Sultan dan bucu Jalan Pintu Pong, Kota Bharu.
Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan YM Tengku zainab bt Tengku Zainal Abidin pada tahun 1914. Hasil dari perkahwinan ini baginda telah dikurniakan beberapa orang putera dan puteri.
Baginda Sultan Ibrahim adalah seorang raja yang sangat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Baginda juga sering membuat lawatan ke Jajahan-Jajahan bagi melihat sendiri keadaan kehidupan rakyat Baginda. Sikap baginda yang prihatin ini membuat Baginda disanjung dan disayangi oleh rakyat jelata.
Zaman pemerintahannya telah menyaksikan berbagai perubahan dan kemajuan dicapai oleh Negeri Kelantan terutamanya dalam bidang pembangunan tanah, pertanian, perhubungan dan pelajaran. Di samping itu baginda juga bertanggungjawab meningkatkan kesedaran rakyat terhadap harga diri dan menaikkan semangat untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajahan.
Setelah memerintah selama 16 tahun, pada 9hb Julai 1960 Baginda Sultan Ibrahim telah kembali ke rahmatullah di istananya sendiri iaitu Istana Sri Chemerlang Kota Bharu. Jenazah Baginda telah dimakamkan di Makam D’Raja Langgar, Kota Bharu.