KDYMM Sultan Yahya Petra
(Ibni Al Marhum Sultan Ibrahim sebagai Sultan Yahya Petra)
1960 – 1979

Dublin Core

Title

KDYMM Sultan Yahya Petra
(Ibni Al Marhum Sultan Ibrahim sebagai Sultan Yahya Petra)
1960 – 1979

Subject

Lintasan Sejarah dan Penglibatan Institusi DiRaja Dalam Pembangunan Negeri Kelantan

Description

           Sultan Yahya Petra telah diputerakan pada 10hb Disember 1917 di Istana Balai Besar, Kota Bharu. Semasa kecilnya Baginda telah dididik dan diasuh dengan ilmu agama Islam yang sempurna.

            Baginda diisytiharkan menaiki takhta Kerajaan sebagai Sultan dan Yang diPertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim pada 10hb Julai 1960 dengan gelaran Sultan Yahya Petra. Istiadat pertabalan dan kemahkotaan baginda telah diadakan secara besar-besaran pada 17hb Julai 1961 di Istana Balai Besar, Kota Bharu.

            Semasa pemerintahan ayahandanya Sultan Ibrahim, Baginda Sultan Yahya Telah diberi pendedahan yang cukup meluas mengenai selok-belok pentadbiran dan struktur organisasi kerajaan. Dalam soal pemerintahan negeri pula, baginda telah beberapa kali dilantik sebagai pemangku raja menggantikan ayahandanya yang berangkat ke luar negeri atas urusan rasmi.

            Setelah Baginda menaiki takhta Kerajaan, segala pengalaman ini telah membantu baginda mengendalikan urusan pemerintahan dan membawa kemajuan kepada Negeri Kelantan. Selain daripada itu Baginda juga membuat lawatan ke luar Negara bagi menambahkan lagi pengalaman Baginda dalam melaksanakan tugas-tugas baginda sebagai sorang raja yang memerintah.

            Semasa pemerintahan Baginda, Negeri Kelantan telah berkembang maju dengan berbagai-bagai perubahan dan pembaharuan dalam berbagai bidang.

Pada 21hb September 1970 Baginda telah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Kemudiannya pada 21hb September 1975, Baginda telah dilantik dengan rasminya menjadi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang ke-6. Perlantikan ini telah membawa Baginda ke Kuala Lumpur untuk bertugas sepenuh masa.

Baginda Sultan yahya Petra Petra mangkat pada 29hb Mac 1979, di Istana Negara, Kuala Lumpur dalam usia 61 tahun. Jenazah Baginda telah diterbangkan ke Negeri Kelantan Darulnaim untuk disemadikan di Makam D’Raja Langgar, Kota Bharu.

 

 

 

 

 

Creator

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Source

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Publisher

Seksyen Koleksi Khas dan Institusi

Date

9 Februari 1999

Contributor

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Language

Bahasa Melayu

Type

Buku

Files

Citation

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, “KDYMM Sultan Yahya Petra (Ibni Al Marhum Sultan Ibrahim sebagai Sultan Yahya Petra) 1960 – 1979 ,” Digital Kelantan Collection, accessed March 22, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/3757.