Gajah Patah
Dublin Core
Title
Gajah Patah
Subject
Permainan Tradisional
Description
Permainan ini dijalankan secara berkumpulan iaitu para peserta dibahagikan kepada dua pasukan. Bilangan itu biasanya antara lima kesepuluh orang bagi tiap pasukan. Sebelum permainan itu dimulai lebih dahulu dipilih seorang pengadil yang biasanya daripada kanak-kanak yang tidak mengambil bahagian, lebih tua sedikit, dihormati ramai dan jujur. Pengadil atau ringkasnya 'Raja' menentukan letak dua pasukan yang mengambil bahagian iaitu lebih kurang sama jauhnya antara tempat beliau duduk dengan letak dua pasukan yang bermain itu.
Permainan dimulai dengan 'Raja' menjemput salah seorang daripada ahli pasukan itu datang mengadap.Contohnya, 'Pasukan A mengadap'. Wakil pasukan A membisik nama seorang daripada pasukan lawannya dengan mengatakan kepada raja (berbisik) "Ahmad datang-Ahmad patah". Kemudian dia berjalan balik ke pasukannya. Raja menjemput pula wakil pasukan B mengadap. Kalau ada yang datang itu kebetulannya 'Ahmad', Raja akan memberi isyarat sepeti memalu tin atau lain-lain dan berkata 'Ahmad patah'. Ahmad mesti duduk. Dia dikira mati dalam pusingan itu. Begitulah dilakukan bergilir-gilir hingga semua pasukan patah dan untuk pusingan tersebut, pasukan itu dikira kalah. Pasukan kalah ini disebut 'gajah patah'.

Creator
Salleh Mohd Akib,
Hanapi Dollah
Hanapi Dollah
Source
Permainan Tradisional Rakyat Kelantan
Publisher
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Date
2009
Rights
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Format
Book
Language
Bahasa Melayu
Files
Collection
Citation
Salleh Mohd Akib,Hanapi Dollah, “Gajah Patah,” Digital Kelantan Collection, accessed March 26, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/589.