Gurah
Dublin Core
Title
Gurah
Subject
Permainan Tradisional
Description
Gurah ini dimainkan pada tempat lapang, di bawah lindungan teduh dan tepi jalan dan sebagainya. Di kawasan lapang itu dibuatnya lubang agak-agak sebesar atau seluas biji gurah itu sendiri sebanyak tiga lubang. Tiga lubang itu nanti akan dihitungkan sembilan lubang banyaknya.
Cara bermainnya ialah pada mula-mula para pemain mencampakkan gurah mereka dari lubang 1 ke lubang 9. Mana-mana mereka yang gurahnya hampir sekali dengan lubang 3 (atau 9) itu atau pun masuk lubang tersebut, dialah yang akan membawa dahulu, begitulah mengikut susunan dengan orang kedua jauh sedikit, ketiga lagi jauh dan seterusnya. Kemudian permainan bermula dengan orang pertama menunjukkan gurahnya supaya masuk ke dalam lubbang pertama. Sebelum menuju gurah ke lubang, pemain boleh membidaskan gurah pemain lain dengan gurahnya terlebih dahulus upaya gurah pemain lain itu jauh daripada lubang dan susah untuk memasukkan gurah ke dalam lubang nanti. Bila seseorang peserta itu berjaya mencapai (masuk) ke lubang sembilan disebut 'raja' iaitu menang.

Creator
Salleh Mohd Akib,
Hanapi Dollah
Source
Permainan Tradisional Rakyat Kelantan
Publisher
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Date
2009
Rights
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Format
Book
Language
Bahasa Melayu
Type
Book
Files
Collection
Citation
Salleh Mohd Akib,
Hanapi Dollah, “Gurah,” Digital Kelantan Collection, accessed May 29, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/590.