Bedil Meriam
Dublin Core
Title
Bedil Meriam
Subject
Senjata Traditional
Description
Bedil meriam ialah sejenis senjata yang lebih besar daripada senapang. Larasnya panjang dan bulat. Perkataan meriam yang bererti sejenis senjata api diambil daripada bahasa inggeris iaitu Mary.
Pada masa ini meriam-meriam tersebut terdapat di beberapa tempat di seluruh negeri Kelantan seperti:
- Istana Balai Besar
- Istana Kota lama
- Istana Jahar
- Hadapan Masjid Sungai Pinang
- Padang Perdana
- Padang Merdeka
- Hadapan Pejabat Ukur, Taman Indera
- Stor MPKB Jalan Kuala Krai,
- Bank Kerapu
- Halaman rumah Tengku Yunus di Kampung Cina.
Jenis-jenis meriam ini dijeniskan seperti berikut:
- Meriam Agong- berat dan dua laras
- Meriam Buluh- panjang, licin dan berselinder
- Meriam Jolong atau jejolong - badanya panjang dan mulutnya sempit
- Meriam Kalok- pendek dan senang dibawa
- Meriam Turat- Berkaki
Creator
Haji Salleh Mohd Akib
Source
Bedil Meriam Di Kelantan
Publisher
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Date
1996
Rights
United Selangor Press Sdn. Bhd
Format
Buku
Language
Bahasa Melayu
Files
Collection
Citation
Haji Salleh Mohd Akib
, “Bedil Meriam,” Digital Kelantan Collection, accessed May 29, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/596.