Gambar-gambar Congkak

Dublin Core

Title

Gambar-gambar Congkak

Subject

Permainan Tradisional

Description

Congkak adalah satu permainan yang memerlukan pemain mengisi ‘buah’ ke dalam deretan lubang yang diperbuat pada sekeping papan yang dinamakan papan congkak. Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain mendapatkan seberapa banyak buah dari yang dimiliki oleh pihak lawan. Ia dimainkan oleh kaum lelaki dan juga kaum perempuan yang mana bilangan pemainnya hanyalah dua orang sahaja.

Alatan yang diperlukan dalam permainan ini adalah papan congkak dan ‘buah’. Papan congkak adalah satu kayu bujur yang berbentuk sampan yang mengandungi dua barisan 7 lubang yang sederet yang bertentangan yang dinamai ‘kampung’ dan satu lubang di setiap bahagian hujungnya yang dinamai ‘rumah’. Selain dari papan congkak, permainan ini memerlukan ‘buah’ sebanyak 98 biji. Guli,biji saga, biji getah atau batu kecil boleh digunakan sebagai buah.


Creator

Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara

Source

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
http://www.jkkn.gov.my/ms/congkak

Publisher

Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara

Date

© 2016

Format

Jpeg

Language

Bahasa Melayu

Type

Website

Files

c1.jpg
c2.jpg
c3.JPG
c4.jpg
c5.jpg
c6.jpg
c7.JPG

Collection

Citation

Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, “Gambar-gambar Congkak,” Digital Kelantan Collection, accessed June 2, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/765.