Congkak atas tanah
Dublin Core
Title
Congkak atas tanah
Subject
Congkak
Description
MARANG - Congkak memang diketahui ramai sebagai permainan tradisi masyarakat Melayu yang dimainkan ketika waktu lapang, namun kini semakin jarang kita melihat orang bermain congkak, apatah lagi yang bermain congkak atas tanah. Golongan muda bandar pastinya tidak pernah melihat congkak dimainkan atas tanah dan mungkin mereka beranggapan ia sebagai aktiviti tidak berfaedah, namun bagi golongan remaja di Bukit Perpat, di sini, ia satu kepuasan sukar digambarkan. Nor Syafika Mohamad, 17, berkata, bermain congkak atas tanah masih popular dalam kalangan remaja di kampungnya, malah ia menjadi permainan rutin ketika cuti sekolah. “Kami memang dibesarkan dengan permainan ini. Sejak kecil kami bermain congkak, walaupun ada congkak kayu, tetapi kami lebih selesa bermain congkak atas tanah dengan menggunakan biji getah. “Ia sangat unik dan kami bangga masih dapat memainkan permainan ini dengan cara lama, selain akan terus mempertahankannya,” katanya. Nor Syafika dan rakan-rakannya tidak segan, malah mahir bermain permainan tradisi itu meskipun mereka diasak arus kemodenan. Ia sekali gus menolak dakwaan bahawa golongan remaja kini sudah melupakan permainan tradisional yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.
Creator
Wartawan sinar harian
Source
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/congkak-atas-tanah-masih-popular-1.203643
Publisher
Sinar Harian
Date
20 September 2013
Format
JPEG
Language
Bahasa Melayu
Type
Online newspaper
Files
Collection
Citation
Wartawan sinar harian, “Congkak atas tanah,” Digital Kelantan Collection, accessed June 2, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/850.