Abdul Aziz bin Deraman
Dublin Core
Title
Subject
Description
Dato’Abdul Aziz bin Haji Deraman adalah Tokoh Budaya Kelantan pada tahun 2006 . Beliau adalah seorang tokoh penulis tersohor negeri Kelantan. Dilahirkan pada 23 Julai 1948 di Kampung Baru, Pasir Puteh, KelantanBeliau menggunakan nama samaran seperti A. Aziz Deraman, Azidra, Ade Putragong. Telah menerima gelaran Dato’ Paduka Seri Mahkota Kelantan (D.P.S.K), 2001. Anugerah Tokoh Persahabatan Malaysia – China, 2004.
Disamping itu beliau turut menerima Anugerah Pencetus Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) Indonesia, 2005 serta Anugerah Khas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 2003. Pada tahun 2001, beliau menerima Anugerah Prof. Kehormat Guangdong University of Foreign Studies, Guangzhou, China.
Antara bidang penulisan beliau adalah seperti Puisi, esei, artikel, kertas kerja. Karya yang pernah dihasilkan adalah Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Tamadun Melayu I – VII Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia, Tamadun Islam di Malaysia, Peradaban Melayu Timur Laut, Intelektualisme Budaya, Peradaban Melayu Timur Laut:“Kesinambungan dan Perubahan”, Kumpulan Puisi Kau dan Aku, Kumpulan Puisi Gapura Diri, Kumpulan Puisi Bahtera Madani, Kumpulan Puisi Bicara Kasih. Beliau sekarang adalah Mantan Ketua Pengarah DBP.
Creator
Source
Publisher
Date
Contributor
Rights
Wilayah Timur